Skip to main content

Bola Sepak

Sukar peroleh mata di Kuala Terengganu -- Bojan Hodak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_20230305_214359.jpg
Pengendali KL City, Bojan Hodak, mengakui satu mata yang diperoleh ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super cukup bermakna ketika bertandang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kedua-dua pasukan buntu mendapatkan jaringan, namun aksi yang menarik dipamerkan menyaksikan mereka saling melancarkan serangan namun bola seakan tidak mahu menyinggah ke dalam jaring.

Bojan menjelaskan satu mata yang diperoleh cukup bermakna kerana mengakui kesukaran beraksi di Kuala Terengganu dan menyatakan ia merupakan mata pertama pasukan KL City dalam tempoh tiga tahun bertandang ke stadium keramat itu.
 

"Tiada apa yang boleh kami jangkakan sebelum perlawanan ini. Terengganu menghadirkan permainan yang berbeza berbanding musim lalu," kata Bojan.

"Mereka memiliki jentera serangan yang lebih baik dan tekanan yang mereka jelmakan agak baik dan hampir menggugat kami. Ternyata sukar untuk bertemu mereka dan kedua-dua pasukan berpeluang untuk mendapatkan kemenangan.

"Ini merupakan kali pertama sejak tiga tahun kami memperoleh satu mata di sini. Kami telah kehilangan mata dalam perlawanan sebelum ini dan satu mata yang diperoleh ini akan digunakan sebagai penyuntik semangat untuk menjadi lebih baik dan memastikan permainan kami berhasil.

"KL City bakal berdepan dua perlawanan di tempat lawan bertemu Negeri Sembilan FC dan Kelantan United jadi kami berharap untuk mendapatkan kemenangan.

"Hadir ke sini untuk mendapatkan mata merupakan satu tugas sukar, tetapi kami tetap berpuas hati dengan keputusan ini.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner, meratapi peluang yang dibazirkan pasukannya untuk mendapatkan jaringan serta kemenangan di laman sendiri dan berharap ia dapat diperbaiki bagi membantu pasukan memperoleh tiga mata sekaligus memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

"Hanya satu mata, kami menghasilkan beberapa peluang namun ia gagal diterjemahkan kepada jaringan. Kami menghadapi masalah apabila tiga perlawanan tanpa sebarang jaringan. Kami berharap beberapa penyerang yang bakal diturunkan mampu menghadirkan jaringan buat pasukan sekaligus memastikan kemenangan.

"Ini amat penting kerana dengan jaringan hanya dapat membantu pasukan mendapatkan kemenangan."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video