Skip to main content

Bola Sepak

'Sukar cari pasukan dengan struktur gaji sekarang, taruh harapan pada Sri Pahang'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan.jpg
Sri Pahang ketika ini berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk terus bersaing dalam kancah Liga Super musim depan.

Namun, ia tidak bermakna skuad Tok Gajah beraksi kerana difahamkan perkara itu masih belum ada inidividu atau pihak yang mahu mengambil alih pasukan.

Malah, situasi ini juga pernah berlaku kepada Petaling Jaya City yang tidak bertanding dalam Liga Super pada 2023 walaupun diberikan Lesen Kebangsaan sebelum ini.






"Saya masih menaruh harapan pada Sri Pahang walaupun di rumah ketika ini sedang berkemas untuk pindah, saya masih ada harapan untuk Pahang kekal di Liga Super.

"Sekarang sukar cari pasukan, tetapi pemain tahu lambat jadi agar sukar untuk mencari pasukan dengan gaji punya struktur tapi sekarang saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan." kata Zarif Irfan yang menyarung jersi Tok Gajah sejak 2021.

Untuk rekod, Sri Pahang merupakan salah satu daripada 11 kelab Liga Super yang menerima lesen walaupun pada mulannya mahu menarik diri.

Advertisement

Must Watch Video