Kemenangan skuad B-22 negara ke atas skuad B-22 Myanmar dalam aksi pemanas badan kelmarin meletakkan mereka di landasan yang tepat untuk mempamerkan persembahan cemerlang dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Pengurus skuad B-22, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, optimis Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan dan mencapai sasaran utama mara ke perlawanan akhir.
"Di atas kertas, Malaysia mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan hanya Myanmar dan Singapura muncul sebagai pesaing utama tetapi sasaran kami adalah ke final,” kata Yusoff ketika ditemubual dalam buletin Nadi@1 hari ini.
Yusoff tidak menafikan bahawa skuad ini mengalami perubahan dari segi barisan kejurulatihan tetapi beliau menegaskan kepada pemain-pemain supaya mengambil positif perkara yang berlaku.
"Perubahan ini dilakukan adalah demi kebaikan pasukan.
"Datuk Ong Kim Swee yang dipilih sebagai ketua jurulatih memiliki rekod cemerlang di pentas Sukan SEA dan setiap pemain menghormati beliau serta sedia mempamerkan persembahan terbaik.
"Mereka adalah masa depan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.
Meskipun hanya dapat mengumpulkan semua pemain dalam tempoh 24 jam, faktor itu bukan alasan buat B-22 negara mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan B-22 Myanmar.
Justeru, ia dianggap petanda positif menjelang aksi kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 dan juga Sukan SEA.
Yusoff berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi, malah menitikberatkan keutamaan dalam mengatur jadual bagi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim hadapan.
"Perkara ini berlaku kerana terganggu dengan pertindihan jadual Liga M.
"Kami berharap ia tidak akan berlaku pada masa akan datang dan mengambilnya sebagai pengajaran."