Bekas penyerang prolifik Harimau Malaya, Safee Sali, menawarkan perspektif peluang skuad negara B-23 kendalian Nafuzi Zain menyerlah di Thailand dalam kempen Disember depan.
Pandangan safee menitikberatkan elemen sejarah perseteruan skuad negara menentang musuh tradisi serantau, Vietnam, yang seringkali menggamit memori silam setelah diundi dalam Kumpulan B di samping Laos.
Harimau Muda harus berwaspada dengan format kejohanan yang mengambil kira setiap perincian di atas padang dalam menentukan empat pasukan terbaik ke separuh akhir.
Hanya juara setiap kumpulan layak secara automatik ke separuh akhir sementara sebuah pasukan terbaik di kedudukan kedua akan melengkapkan empat pasukan ke separuh akhir.
Memandangkan skuad negara pernah melalui episod hitam ketika menentang Vietnam, Safee mengingatkan pemain negara agar bertindak secara profesional dan bukannya mengikut perasaan ketika berdepan provokasi dan terjahan keras Vietnam.
"Bertemu Vietnam sentiasa membabitkan permainan berintensiti tinggi.
"Pemain perlu lebih bertanggungjawab. Lebih memikirkan pasukan dalam setiap tindakan. Mungkin pengalaman lalu dapat mengajar, pemain harus mengambil iktibar.
"Fokus kepada pasukan dan permainan sepanjang 90 minit. Kemenangan harus dicapai tapi harus lebih bijak dengan setiap tindakan.
"Pemain kena yakin dengan corak permainan (yang diterapkan) dan bersatu untuk mencapai kemenangan," katanya di Nadi Weekend.
Sukan SEA Thailand merupakan pentas ketiga buat Nafuzi untuk mencipta impak maksima selepas kegagalan dalam Piala AFF dan kelayakan Piala Asia B-23 2026.
Atas dasar itu, Safee menyeru semua kelab Liga Super supaya melepaskan pemain muda terbaik, meskipun Sukan SEA tiada dalam kalendar antarabangsa.
"Skuad B-23 harus diutamakan untuk (menghadapi) Sukan SEA.
"Ini akan mencerminkan nama baik negara dan saya harap ada pemain utama yang dilepaskan untuk pasukan negara.
"Sudah pastinya jurulatih, Nafuzi Zain, tugas ini sangat penting. Sudah pasti dia mahu mencipta sesuatu.
"Sudah lama pasukan B-23 kita tidak merangkul sebarang kejuaraan dan kali terakhir (menikmati kejuaraan) bersama ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar," katanya.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang