Jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, berdepan kekangan untuk menghadapi Sukan SEA Thailand yang bermula awal bulan depan.
Selain tidak dapat melakukan kem latihan pusat lebih awal sebagaimana beberapa negara lain, Nafuzi juga berdepan risiko kehilangan salah seorang bintang utama yang membabitkan penyerang Sabah, Fergus Tierney, atau penyerang Selangor, Aliff Izwan Yuslan, andai pasukan yang diwakili layak ke final Piala FA yang dilangsungkan 18 Disember depan.
"Terima kasih kepada pengurusan Liga A1 Semi-Pro kerana merehatkan liga dalam tempoh ini.
"Mungkin (kekangannya adalah) pemain Liga Super terutama yang terlibat dalam separuh akhir Piala FA.
"(Berbanding kelayakan Piala Asia yang lalu,) saya harap kali ini pemain dapat dilepaskan lepas awal.
"Dua kejohanan sebelum ini keputusan kami agak mengecewakan kerana tidak mencapai sasaran.
"Adalah menjadi impian semua untuk memenangi pingat emas Sukan SEA. Saya sendiri mengidamkannya tapi laluannya berliku.
"Kami perlu tempuhinya cekal, kami perlu belajar daripada kesilapan sebelum ini.
"Sukan SEA merupakan peluang terbaik untuk kami menebus kekecewaan sebelum ini," katanya.