Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA Kemboja: Skuad bola sepak wanita tewas tipis kepada Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-filipina-bola-sepak-wanita-sea-games.jpg
MALAYSIA 0 FILIPINA 1

Skuad bola sepak wanita negara kian pasti terkandas di peringkat kumpulan Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas kepada Filipina dalam aksi Kumpulan A di Stadium RCAF sebentar tadi.

Selepas tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi pertama pada Rabu lalu, Tha Malayan Tigress perlu mengelakkan kekalahan dalam aksi kali ini bagi membuka peluang ke separuh akhir.

Dan barisan pemain negara hampir melaksanakan tugas itu apabila berhasil menyekat jaringan Filipina sepanjang 90 minit.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam waktu kecederaan apabila Sarina Bolden menemui gol kemenangan Filipina pada minit ke-96, sekali gus memberikan kekalahan kedua skuad negara dalam kempen kali ini.

Skuad negara akan menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan bertemu Myanmar di venue sama pada Selasa ini.

Advertisement

Must Watch Video