Pengendali skuad B-22 negara, Frank Bernhardt, tampak semakin sukar untuk membentuk skuad ampuh bagi mengharungi Sukan SEA Kuala Lumpur apabila kehilangan penyerangnya, Arif Anwar, ekoran kecederaan serius.
Arif adalah antara sandaran utama skuad Projek Sukan SEA 2017 sejak tahun lalu.
Dia yang menjaringkan gol penyamaan ketika skuad B-22 mengikat Nepal 1-1 dalam aksi persahabatan pada Mac 2016, dicanang selaku penggempur muda terbaik negara, namun tonggak Kuala Lumpur itu ditimpa nasib malang.
Dia disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut -- anterior cruciate ligament (ACL) -- minggu lalu dan secara tidak langsung memaksanya berehat sekurang-kurangnya enam bulan.
"Khidmatnya pasti amat dirindui, tapi kami perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini," kata jurulatih dari Jerman itu.

Situasi itu menyebabkan skuad negara semakin terhad dalam memilih khidmat penyerang tulen yang kini hanya disandarkan kepada Jafri Firdaus Chew, Syafiq Ahmad dan S. Kumaahran.
Dalam pada itu, Kumaahran bakal terlepas aksi Kejohanan Piala Dubai, Mac ini, ekoran kecederaan tatkala khidmat pemain tengah, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Shahrul Hakim, sah turut tersisih susulan dibelenggu kecederaan.
"Saya bersimpati dengan nasib Arif memandangkan Sukan SEA sudah semakin dekat.
"Sudah pasti dia tidak akan sempat untuk pulih.
"Untuk Kejohanan Piala Dubai nanti, kami mahu memberikan yang terbaik kerana ia adalah platform untuk kami menguji kekuatan dan kelemahan agar dapat diperbaiki," kata Jafri.