Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: FAM, MOM, MASOC lancar mekanisme baharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan-sea.jpg
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) mencapai persetujuan berhubung mekanisme baharu yang akan dilaksanakan dalam majlis undian acara bola sepak Sukan SEA 2017, Sabtu ini. 

Mekanisme baharu tersebut diharapkan tidak akan menimbulkan lagi rasa tidak puas hati beberapa negara bertanding.

Dalam satu kenyataan yang dkeluarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohamad Amin, hari ini, mekanisme baharu undian tersebut seperti yang telah dipersetujui oleh FAM, MOM dan dan MASOC menyaksikan sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dengan Kumpulan A akan mempunyai lima pasukan manakala Kumpulan B membariskan enam pasukan.

Negara penganjur, Malaysia akan diletakkan terus dalam Kumpulan A di posisi A1 manakala juara bertahan, Thailand, selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 akan menerajui Kumpulan B.

Undian akan dimulakan dengan balang satu yang mengandungi pasukan Myanmar dan Vietnam. 

Pasukan pertama yang dipilih akan ke Kumpulan A manakala pasukan berikutnya akan ke Kumpulan B.

Undian diteruskan dengan balang dua yang mengandungi Indonesia dan Singapura .

Balang tiga pula mengandungi lima pasukan, iaitu Kemboja, Laos, Filipina, Timor Leste dan Brunei. 
 

Advertisement

Must Watch Video