Sukan SEA 2027: Kerajaan Negeri Johor mohon perkenan guna SSI

Shaiful Shamsudin
November 27, 2024 18:19 MYT
Kerajaan Negeri Johor menyampaikan hasrat kepada pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menganjurkan bola sepak Sukan SEA 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah.
Exco Belia Sukan dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah, menjelaskan pihaknnya menunggu perkenan daripada Tunku Ismail termasuk berkongsi pandangan dan nasihat pemilik kelab gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selain SSI, Stadium Olahraga Mount Austin, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin dan Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) turut ditawarkan untuk menjayakan temasya ke-34 itu kelak.
Malaysia terpilih selaku tuan rumah buat kali ketujuh setelah edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
Gelanggang di beberapa negeri seperti Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang turut nebhadu pilihan beberapa acara.
Edisi 2025 menyaksikan tuan rumah, Thailand, bakal menganjurkan pada hujung tahun depan.
#liga super #JDT #Sukan SEA #DemiLigaKita #SSI
;