Suhaimi Husin pilihan utama benteng akhir Terengganu FC, Rahadiazli cari kelab baru

Shaiful Shamsudin
Disember 8, 2023 19:04 MYT
Suhaimi Husin menjadi taruhan utama untuk mengisi posisi penjaga gol utama sang Terengganu FC ketika ini.
Ketua jurulatih, Tommy Steinbruckner, menjelaskan prestasi tekal yang dipamerkan Suhaimi sepanjang musim 2023 menyaksikan dia telah diturunkan dalam 24 perlawanan buat skuad Peteh.
Steinbruckner dalam perkembangan sama turut menganggap seorang lagi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, perlu mencari pasukan baru musim depan bagi mendapatkan semula prestasi terbaiknya seperti sebelum ini.
"Rahadiazli tidak kerap bermain musim lalu dan beraksi baik baru-baru ini tetapi satu kesilapannya dalam 95 minit terakhir membuatkan kami keciciran dua mata.
"Saya tiada apa-apa pesanan kepadanya atas kejadian itu tetapi pada masa depan dia perlu berkelana untuk menggalas tugas sebaik penjaga gol utama," katanya.
#JDT #Piala Malaysia #Terengganu FC #DemiLigaKita