Skip to main content

Bola Sepak

Sudah empat anak tapi belum kahwin, Cristiano Ronaldo dedah kenapa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano_1.jpg
Bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, mendedahkan sebab utama mengapa dia tidak mengahwini teman wanitanya, Georgina Rodriguez, meskipun menjalinkan hubungan percintaan sejak sembilan tahun lalu.

Pada 2016, pemenang Anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu telah menemui Georgina Rodriguez yang ketika itu sedang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai popular di Madrid.

Kini, mereka berdua sudah memiliki empat cahaya mata termasuk Cristiano Jr yang dilahirkan pada 2010 sewaktu bercinta bersama seorang model dari Rusia, Irina Shayk.

Identiti ibu sebenar kepada anak sulungnya itu kekal dirahsiakan sehingga kini ekoran tidak mempunyai pertalian darah dengan Irina ketika itu.

Selain itu, pasangan yang diminati seluruh dunia turut mempunyai dua anak perempuan, Eva Maria dan Alana Martina, serta putera bongsunya, Mateo Ronaldo.

Bagaimanapun, pemain berusia 40 tahun itu masih belum melamar Georgina Rodriguez untuk kehidupan jangka masa panjang yang seterusnya.

 

Sebelum ini, Ronaldo meyakinkan peminatnya bahawa dia akan berkahwin dengan Georgina Rodriguez, namun sedang menunggu waktu yang sesuai.

"Saya masih menunggu tentang keterujaan itu.

"Saya selalu memberitahunya, kami akan berbuat demikian apabila kami mendapat klik (perasaan) tersebut hadir.

"Saya pasti 1000 peratus ia akan berlaku," katanya.

Terdahulu, teman wanitanya itu turut memberitahu bahawa kenalan rapat dan keluarganya kerap kali bertanya bilakah mereka akan mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Must Watch Video