'Masa kecil dulu, saya banyak bermain di sayap dan posisi nombor 10'
Pemain Sabah, Stuart Wilkin, mendedahkan rahsia di sebalik kemampuannya beraksi di posisi sayap hingga cemerlang membantu skuad negara meraih kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam perlawanan persahabatan tier 1 di Bukit Jalil, semalam.
Ia menyaksikan tonggak berusia 27 tahun itu berjaya meledak satu gol dan menghasilkan satu bantuan jaringan walaupun beraksi di tempat berbeza berbanding kebiasaannya sebelum ini.
Untuk rekod, Wilkin sudah merobek gawang The Lions sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun di bawah dua pengaruh jurulatih yang berlainan.
"Jurulatih memberikan peranan berbeza buat saya dan menguji saya ketika latihan.
"Ia bagus untuk saya mempelajari perkara baharu, selain memberi peluang untuk saya bergerak lebih ke hadapan.
"Sebab ada dua kepakaran yang saya mahir iaitu sepakan deras dan hantaran lintang.
"Bukan janggal kerana semasa saya kecil, saya pernah bermain di bahagian sayap.
"Saya sentiasa terbuka untuk belajar benda baharu dan barisan kejurulatihan mempercayai saya untuk bermain di situ," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pernah main winger masa kecik, Stuart Wilkin cemerlang dengan 1 gol dan 1 assist di posisi berbeza bertemu Singapura diakui sebagai lawan yang kuat. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/4aTTaCPelg
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 5, 2025