Strategi Sri Pahang hampir buah hasil -- Fandi Ahmad

Ammar Hakim
Mac 5, 2023 23:18 MYT
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, menjelaskan pertukaran corak permainan pasukan kendaliannya membantu mereka untuk berkongsi mata dalam aksi Liga Super yang berlangsung pada sebelah petang tadi.
Sri Pahang hampir berjaya mengecewakan Selangor yang beraksi di Stadium MBPJ, jaringan penalti yang disempurnakan oleh Stefano Brundo pada minit ke-74 seakan memadai buat pelawat memperoleh tiga mata penuh.
Bagaimanapun, dalam cuaca hujan lebat tidak mematahkan semangat gergasi merah kuning untuk mendapatkan jaringan, Brendan Gan berjaya menanduk masuk jaringan penyamaan dua minit sebelum tamat permainan sekaligus menyelamatkan Selangor daripada berputih mata.
Mengakui Selangor memiliki kualiti yang sukar ditandingi, Fandi menjelaskan pertukaran formasi dan corak permainan serangan balas hampir membuahkan hasil buat mereka.
"Selangor pasukan berkualiti, sebab itu kami mengubah corak permainan dan formasi yang berbeza. Mereka memiliki kualiti di bahagian tengah dan strategi yang digunakan berjaya mengekang pergerakan mereka," kata Fandi.
"Kami telah cuba menyerap tekanan dan melancarkan serangan balas. Corak permainan dalam separuh masa kedua kami bermain dengan lebih baik.
"Mengekang pergerakan Faisal Halim merupakan salah satu punca kami berjaya mendapatkan mata dalam perlawanan ini.

Sama liat, satu mata berharga dari aksi sukar di Petaling Jaya#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #HakkaClo#posmalaysia pic.twitter.com/lUH9PbQKOI

— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) March 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Selangor, mereka berjaya mendapatkan jaringan penyamaan yang cukup baik dan mereka tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan sehingga tamat perlawanan.
"Ternyata keadaan dalam cuaca hujan lebat merencatkan pergerakan permainan.
"Kami menghasilkan banyak percubaan dengan baik dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada Selangor dan kami telah berusaha untuk bertanding dengan mereka."
#liga super #Fandi Ahmad #Sri Pahang FC #DemiLigaKita
;