Jurulatih Borussia Dortmund, Peter Stoger, mengharapkan Pierre-Emerick Aubameyang agar tidak meninggalkan kelab Bundesliga itu bulan ini sungguhpun terdapat kebimbangan terhadap masa depan penyerang itu.
Aubameyang telah diketepikan ketika mereka seri 0-0 dengan Wolfsburg, Ahad lalu, gara-gara tidak hadir dalam pertemuan pasukan, sehari sebelum itu.
Tuduhan tidak berdisiplin dan tidak cekap mengurus masa membelenggu pemain antarabangsa Gabon itu yang sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Super China, Guangzhou Evergrande, sepanjang tempoh rehat pertengahan liga yang lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini menarik minat Real Madrid dan AC Milan sementara Arsenal dilaporkan menjadi kelab terbaru yang berminat terhadap pemenang Kasut Emas Bundesliga musim lalu itu.
Biarpun berdepan pergolakan itu, Stoger mengalu-alukannya untuk kembali ke sesi latihan semalam dan tidak mempunyai sebab untuk memberi perhatian khusus kepadanya.
Ditanya pemberita sama ada penggempur itu bakal dihukum dengan latihan tambahan, bekas bos Cologne itu menjawab: "Tidak, jika itu hukuman, saya akan berada di sana (di padang latihan) dan akan menontonnya.
"Saya mempunyai perasaan bahawa dia mempunyai watak yang sangat degil dan juga bercita-cita tinggi. Saya fikir dia faham (mengapa dia disisihkan).
"Bagi saya, adalah logik (bahawa Aubameyang akan kekal). Saya harap semuanya akan kekal begitu. Dia adalah pemain BVB, dia berlatih bersama dan dia ada dalam perancangan kami untuk perlawanan yang akan datang."
Dortmund akan kembali beraksi pada awal pagi Sabtu ini apabila bakal berhadapan dengan Hertha Berlin dalam aksi Bundesliga tatkala menduduki tangga keempat selepas gagal memecah kebuntuan pada Ahad lalu sehingga mengundang ejekan di Signal Iduna Park.
Aubameyang mencatat 21 gol dalam 23 perlawanan musim ini, termasuk 13 dalam 15 penampilan Bundesliga.