DORTMUND 1 SALZBURG 2
Peter Stoger kecewa apabila Borussia Dortmund gagal mempamerkan rentak permainan terbaik ketika tewas 2-1 kepada Red Bull Salzburg dalam aksi Liga Europa, awal pagi tadi.
Kelab Austria itu mengecewakan pasukan tuan rumah sejak permulaan babak kedua perlawanan, dengan Valon Berisha menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit untuk meletakkan pelawat di depan.
Dortmund, bagaimanapun, bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi percubaan Andre Schurrle, dan mereka perlu bekerja keras dalam aksi timbal balik jika mahu mara ke suku akhir.
Stoger berharap mereka akan memperbaiki persembahan selepas tewas buat kali pertama bagi tahun 2018.
"Banyak perkara yang saya tidak gemari dalam perlawanan ini," katanya.
"Kami bermula baik di awal permainan tetapi prestasi pemain-pemain merudum. Ia membenarkan lawan kami untuk mengorak langkah dan ia membuahkan hasil buat mereka.
"Dortmund berhak tewas dalam perlawanan ini.
"Terdapat banyak perkara yang harus diperbaiki untuk perlawanan akan datang," ujarnya.