BUNDESLIGA
Stoger: Bolt belum cukup bagus lagi
Jurulatih Borussia Dortmund, Peter Stoger, berkata Usain Bolt berdepan tugas menggunung untuk membolehkannya beraksi di peringkat tertinggi.
Jaguh pecut itu yang memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik sebelum bersara tahun lalu, kini giat menjalani latihan dengan gergasi Bundesliga itu.
Stoger tetap positif dengan bakat atlet berusia 31 tahun itu, begitupun berpendapat terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki Bolt jika dia mahu meneruskan kerjaya dalam sukan itu.
Iklan
"Ini semua tentang prosedur dan pergerakan tetapi yang paling penting ialah dia menikmatinya," katanya.
"Saya fikir dia berbakat namun apabila dia mahu bermain di tahap yang lebih tinggi, jelas sekali masih ada lagi usaha yang perlu dilakukan.
"Tubuh yang diperlukannya untuk sukan lain adalah sama sekali berbeza daripada apa yang diperlukan dalam bola sepak tetapi ia benar-benar menyeronokkan buat kami.
"Ia amat menggembirakan kami dapat bertemu seseorang sepertinya dan bekerja dengannya," ujarnya lagi.
Must-Watch Video