BORUSSIA DORTMUND 2 FREIBURG 2
Pengurus Borussia Dortmund, Peter Stoger, mengakui Pierre-Emerick Aubameyang "mempunyai prestasi yang lebih baik" selepas pasukannya seri 2-2 dengan Freiburg, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Gabon itu memulakan perlawanan dalam pertembungan Bundesliga di Signal Iduna Park meskipun spekulasi mengenai perpindahan €60 juta (RM289 juta) ke Arsenal berterusan.
Aubameyang mempamerkan prestasi yang tidak menentu, hanya membuat satu rembatan, satu hantaran penting dan satu sentuhan di kawasan penalti Freiburg sepanjang 90 minit sementara dia hanya melakukan 14 hantaran secara keseluruhan.
Stoger mengakui ia merupakan aksi yang mengecewakan daripada pemain berusia 28 tahun itu, malah tidak berpuas hati dengan sumbangan yang diterima daripada seluruh pasukan.
"Saya mengatakan dia mempunyai permainan yang lebih baik," kata Stoger dalam sidang akhbar. "Dia sebahagian daripada pemain hebat yang tidak mencapai prestasi terbaik."
Dortmund berada di depan apabila Shinji Kagawa menjaringkan gol tetapi Freiburg membalas dengan dua gol daripada Nils Petersen dan Jeremy Toljan merampas satu mata pada masa kecederaan.
Jaringan kedua Petersen dilakukan menerusi rembatan jarak jauh yang menarik selepas mengambil kesempatan daripada kesilapan hantaran pemain tengah Dortmund, Nuri Sahin.
"Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya berpuas hati dengan satu mata ini," kata Sahin kepada Sky. "Ia lebih baik daripada tewas, sudah tentu, tetapi saya tidak begitu gembira.
"Pergerakan kami kurang dan melakukan hantaran tidak kemas. Mereka kemudian meraih kedudukan 2-1 kerana kesilapan individu. Ia tidak boleh berlaku dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak tahu Petersen ada di sana dan saya hanya boleh memohon maaf kerana itu.
"Saya agak bimbang mengenai sasaran kami. Kami perlu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara tetapi keputusan-keputusan kami tidak membawa kami menuju ke arah itu. Kami sedang berjuang untuk ke depan, kami perlu mencipta lebih banyak peluang dan menggunakannya dengan lebih baik," hujahnya.