Skip to main content

Bola Sepak

Steven Gerrard pertahan gandingan kurang menyengat Watkins-Coutinho pacu Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coutinho.jpg
Pengurus Aston Villa, Steve Gerrard, mula terasa bahang bahawa jawatannya dalam kedudukan bahaya sambil menyedari peluang untuk mencipta kemenangan bermula bertemu pasukan di tangga tercorot, Nottingham Forest, awal pagi esok. 

“Kami perlu menerima kritikan itu,” katanya. 

"Jika ada perkara negatif ditujukan kepada saya, saya perlu akur. 

"Saya tidak akan mengelak atau membiarkan ia menjejaskan saya mahupun prestasi saya," katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Villa kini menduduki tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) berbekalkan dua kemenangan dan empat seri tatkala pilihannya di bahagian serangan membabitkan Ollie Watkins and Philippe Coutinho mula dipersoalkan selepas hanya mengumpul satu gol. 

“Nottingham Forest memberi kami peluang untuk mendapatkan kemenangan yang sangat penting dan mencari penyudah, sentuhan terakhir, memanfaatkan peluang. 

"Dan kami akan berada di pertengahan carta dan ia satu langkah yang lebih dekat ke kedudukan yang kami sasarkan. 

"Saya fikir dengan individu tertentu, mereka mungkin memerlukan masa yang besar. Phil memerlukan gol atau bantuan jaringan untuknya, tetapi persembahannya jauh lebih baik."





 





 

Advertisement

Must Watch Video