PIALA EFL

'Stay humble' -- kata Anthony Gordon selepas Newcastle singkir Arsenal

Muzaffar Musa 06/02/2025 | 02:21 MYT
Anthony Gordon menggesa Newcastle United untuk kekal rendah diri (stay humble) selepas membantu pasukan itu menyingkirkan Arsenal dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Gordon menjaringkan gol kedua Arsenal ketika The Magpies meraih kemenangan 2-0 di St James Park, sekali gus ke final dengan agregat 4-0.
Jacob murphy terlebih dahulu membuka jaringan buat tuan rumah dalam separuh masa pertama dan Arsenal selepas jaringan Gordon pada awal babak kedua, tidak pernah dapat kembali menguasai permainan walaupun mereka sebelum itu membelasah Manchester City 5-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Lagu 'Humble' nyanyian Kendrik Lamar turut kedengaran dari pembesar suara stadium selepas perlawanan itu, yang seakan-akan mengulangi saranan Erling Haaland kepada Mikel Arteta untuk kekal rendah diri pada awal musim ini.
Terdahulu, Myles Lewis-Skelly kelihatan mengejek penyerang City itu dengan meniru gaya sambutan jaringannya di Stadium Emirates pada Isnin lalu.
Dan walaupun ia tidak kelihatan seperti mereka terlibat dalam perseteruan Arsenal dan City, Gordon menggunakan frasa "kekal rendah diri" dalam satu wawancara selepas perlawanannya.
"Adalah penting bagi kami untuk kekal rendah diri sekarang," katanya kepada Sky Sports .
"(Perlawanan akhir) akan menjadi satu peristiwa besar tetapi ia masih jauh. Perasaannya luar biasa. Ia satu persembahan yang baik dan kami mendapatkan kemenangan.
"Penyokong kami tidak perlu dipersoalkan, mereka menyukarkan pihak lawan dan kami melakukannya dengan cara yang betul. Kami mempunyai rancangan permainan yang kami fikir akan berjaya. Semua orang tahu kami dapat memberikan tekanan."
#bola sepak #Arsenal #Newcastle United #Piala EFL #Anthony Gordon
;