Status Selangor ke Asia: MFL masih tiada pengumuman rasmi
Disember 6, 2023 19:20 MYT
Sehingga ke saat ini, Penganjur Malaysian Football League (MFL) masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung slot kedua, kelab yang akan dihantar Malaysia untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia II.
Slot kedua ke pentas AFC jadi milik siapa❓❓ MFL tunggu pengesahan dari AFC manakala AFC bergantung pada kata putus MFL & FAM.....#NadiArena pic.twitter.com/p0SD9mG8af
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selangor sudahpun memastikan kedudukan mereka sebagai naib juara Liga Super 2023, namun ia belum menjadi jaminan pasti.
Hakikatnya, pasukan lain yang turut memiliki peluang beraksi di pentas Asia di ACL II, membabitkan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC.
Setiausah Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul mengesahkan, slot kedua ACL II bergantung kepada keputusan MFL mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Malaysia berada dalam kelompok enam terbaik di Asia Tenggara apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul sebagai wakil yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (Elit) tahun depan ketika Vietnam tidak layak mendapat sebarang slot.
Ia kenyataan jelas JDT yang merupakan juara Liga Super mendapat slot automatik dari AFC untuk berada dalam kelompok 24 kelab terbaik Asia.