Skip to main content

Bola Sepak

Status pencalonan Presiden KLFA akan diputuskan esok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klfa.jpg
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif pada esok bagi membincangkan tentang status pencolanan terutama jawatan presiden menjelang Mesyuarat Agong Tahunan KLFA .

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi tersebut menjelang pemilihan exco baru, 7 September depan.

Turut berminat, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga tidak melepaskan peluang untuk menerajui badan induk tersebut selepas mengumumkan pencalonannya menerusi laman X, semalam.

Segala persoalan bakal terjawab esok mengenai keputusan siapakah yang layak bertanding untuk mengemudi posisi utama KLFA.  
 

Advertisement

Must Watch Video