Skip to main content

Bola Sepak

Standard Liga-M berbeza, JDT tak kuat mana -- Pengerusi Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

buriramunited.jpg
Pengerusi Buriram United, Newin Chidchob, tidak berselindung mengenai reaksinya terhadap pertembungan di antara kelabnya dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), bulan lalu.

Dalam satu perkongsian oleh sebuah portal di X, Newin Chidchob, turut menganggap taraf Liga Super Malaysia tidak kompetitif dan sehebat dan Liga Thailand.

Dia menegaskan pasukannya akan bertemu semula juara Piala FA 2024 itu sambil mengharapkan keputusan menyebelahinya pada masa akan datang.

"Kami akan berjumpa lagi. Mereka tidak akan menang.

 

"JDT tidak sekuat mana. 

"Saya perlu katakan bahawa standard Liga-M berbeza dengan kancah tempatan Thailand. Saya perlu berkata jujur.

"Walaupun JDT membawa masuk ramai pemain import yang berkualiti, ia bukan sesuatu yang merisaukan saya.

"Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlu melabur lebih banyak supaya kami boleh mengadakan perlawanan bersama tahun depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video