BOLA SEPAK

Stadium MBPJ masih belum bersedia -- Jacob

27/01/2017 | 04:03 MYT

Jurulatih MISC-MIFA, Jacob Joseph, berharap dapat bertukar ke venue lain kerana berasakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang tuan rumah buat pasukannya.

MISC-FIFA menjadi tuan rumah ketika melayan kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Namun, keadaan padang amat merisaukan Jacob kerana ia ternyata memberi kesan terhadap pesembahan anak buahnya.
Ketika saingan Piala FAM musim lalu, MISC-MIFA menjadikan Stadium USIM, Nilai sebagai gelanggang tuan rumah.
"Padang mengganggu momentum pemain, saya telah berbincang dengan pihak pengurusan dan berharap kami mencari stadium lain.
"Ketika ini musim hujan, pada saya padang MBPJ masih belum bersedia. Jadi, dalam perlawanan seterusnya berdepan Terengganu, saya perlu ikhtiarkan sesuatu," jelas Joseph.
Dalam pertemuan kelmarin, MISC-MIFA tewas 2-3 kepada ATM, dan ia adalah kemenangan pertama dicatatkan pasukan kendalian Azhar Abdullah musim ini.
Tiga gol ATM dijaringkan pemain import, Smolyachenko Palev, dan pemain veteran, Venice Elphi.
"Kami memang banyak membuat latihan dalam aspek hantaran tinggi dan penyudah, jadi Alhamdulillah dua daripada tiga gol dihasilkan berpunca daripada hantaran tinggi," ujar Azhar.

;