Skip to main content

Bola Sepak

Stadium Likas guna sistem VAR sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

var-sabah.jpg
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas bermula Jun ini. 

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Ia merupakan hasil kesediaan kerajaan Sabah melabur untuk pemasangan Sistem Goal Sport di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Saingan Liga Malaysia ketika ini menggunakan Sistem Keterlihatan Dipertingkat (EVS) mudah alih dengan empat trak mudah alih.

“Sistem (VAR) yang digunakan untuk saingan Liga Super adalah sistem yang dibawa dari Semenanjung iaitu EVS yang digunakan MFL ketika ini. Sistem Goal Sport di Stadium Likas kita guna selepas Jun nanti.

“Dalam bulan 6, 9 dan 10 ketika FIFA window nanti kita boleh jalankan latihan pengadil untuk gunakan dua sistem ini selain adakan mesyuarat penyelarasan dan latihan lain sama ada di Sabah atau Kuala Lumpur. Timeline kita guna (sistem Goal Sport) dalam Liga Malaysia tahun ini,” katanya.

“Sistem Goal Sport telah digunakan seluruh dunia. Tidak boleh sesuka hati beli dan pasang, sistem dipasang di Sabah dibeli juga dipasang vendor rasmi daripada FIFA dan telah ditauliahkan.

“Kami berharap perkara ini dilihat secara positif disebabkan dalam kelayakan Sabah ke kejohanan Piala AFC yang lalu juga menunjukkan banyak penambahbaikan di peringkat tempatan dari segi fasiliti dalam stadium, ruang penonton dan juga skrin gergasi,” katanya.-Sinar

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video