Stadium Kanjuruhan bakal diroboh, dibina semula

Shaiful Shamsudin
Oktober 19, 2022 10:24 MYT
Stadium di Indonesia yang menyaksikan lebih 130 orang menemui ajal dalam rempuhan bulan ini akan dirobohkan dan dibina semula.
Tragedi Stadium Kanjuruhan itu berlaku ketika perlawanan Liga Perdana Indonesia (Liga 1) di antara Arema FC menentang Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lalu.
Rempuhan tercetus ketika peminat cuba meninggalkan stadium setelah polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha untuk menyuraikan penyokong yang merusuh di atas padang.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, mendedahkan bahawa stadium itu akan dirobohkan dan digantikan dengan venue yang memenuhi piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Beliau memberitahu pemberita: "Stadium Kanjuruhan di Malang akan kami robohkan dan bina semula mengikut piawaian FIFA."
Widodo menambah: "Kami bersetuju untuk mengubah bola sepak Indonesia secara menyeluruh. Setiap aspek persiapan perlu berdasarkan piawaian FIFA."
Presiden FIFA, Gianni Infantino, dalam kunjungan ke negara itu berikrar untuk membantu Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) selepas apa yang disifatkannya sebagai "hari gelap untuk bola sepak."

Buah tangan dari Presiden FIFA Gianni Infantino: jersey sepak bola FIFA bernomor punggung 1 dan bola resmi Piala Dunia Qatar 2022. "Because now President is part of the FIFA team," kata Gianni Infantino. Terima kasih Presiden FIFA. pic.twitter.com/mHfjJu9aiv

— Joko Widodo (@jokowi) October 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Infantino berkata: "Jadi kita harus lebih tenang dalam menangani situasi ini. Keadaan ini akan reda dengan sendirinya. Tidak perlu fokus kepada pendapat orang, sebaliknya kita perlu fokus bagaimana insiden seperti di Kanjuruhan, Malang, ini berulang pada masa depan.
"Sebab utama hajat saya ke Indonesia adalah kerana tragedi Kanjuruhan, Malang. Kejadian ini telah mencederakan dan meragut ramai mangsa.
"Namun, saya boleh jamin anda, FIFA ada untuk anda (PSSI). FIFA sedia bekerjasama bersama kerajaan, AFC (Kesatuan Bolasepak Asia), dan Persekutuan Indonesia untuk transformasi bola sepak. Kerana bola sepak adalah kebahagiaan.
"Indonesia adalah negara bola sepak. Bola sepak mempunyai semangatnya di sini. Mereka suka bola sepak. Jadi apabila mereka menonton bola sepak di stadium, mereka perlu selamat."
#FIFA #Stadium Kanjuruhan #PSSI
;