WC QUALIFYING

Stadium Gelora Bung Karno rosak kerana konsert

Saufi Tahir 12/06/2024 | 06:53 MYT
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berharap agar Stadium Gelora Bung Karno digunakan untuk tujuan bola sepak berbanding konsert.
Ini berikutan, kualiti permukaan padang itu berada dalam keadaan yang kurang memuaskan semasa perlawanan terakhir Kumpulan F antara Indonesia menentang Filipina dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berakhir dengan kemenangan 2-0 buat tuan rumah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini stadium itu turut digunakan untuk mengadakan konsert seperti Coldplay, Blackpink dan Ed Sheeran dan acara lain.
"Saya berharap semoga stadium tidak diadakan konsert lagi, tetapi lebih banyak digunakan untuk pertandingan bola sepak." kata Shin Tae Yong dalam sidang media selepas perlawanan semalam.
#Indonesia #Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
;