'Stadium 99 peratus tersedia' -- CEO Terengganu FC
Ammar Hakim
April 20, 2023 21:14 MYT
April 20, 2023 21:14 MYT
'99 peratus tersedia', itu jaminan yang diberikan Terengganu FC berhubung keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekaligus menafikan dakwaan padang di venue berkenaan mengalami kerosakan.
Stadium yang terletak di Gong Badak itu dipilih sebagai gelanggang skuad Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman Jun ini.
"Stadium ini telah dijaga dengan rapi dan sentiasa berada di tahap terbaik. Keadaan permukaan padang dalam keadaan yang baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh.
Pemilihan stadium yang punyai kapasiti 50,000 penonton itu dilihat satu keputusan tepat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas faktor kualiti padang.
Menggunakan jenis rumput Bermuda Princess 77, gelanggang keramat skuad Peteh itu mampu menawarkan corak permainan menghiburkan daripada pertembungan itu nanti.