BOLA SEPAK
SSTMI : Tiga pemain bola sepak capai keputusan SPM paling menonjol
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) membuktikan bahawa mereka komited dalam melahirkan atlet yang berjaya tanpa mengabaikan sudut pelajaran.
Lima pelajar SSTMI yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sukan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ketika keputusannya diumumkan dua hari lalu.
Tiga daripadanya merupakan pemain bola sepak dan pelajar aliran sains tulen, Muhammad Azim Ikhwan Azmi paling cemerlang dengan pencapaian 7A dan 1B serta Muhammad Nur Ikhlas Mohamad Farid merakamkan 7A dan 1B dalam sastera, manakala Muhammad Danish Asraf Mohd Noor Azli turut cemerlang dalam aliran sains.
Dua lagi pelajar cemerlang dalam pelajar SPM 2023 terdiri daripada Daniel Syahmi Mohd Faizul dalam bidang hoki menerusi aliran sains dan atlet judo, Anir Albar Razali, dalam aliran sastera.