PIALA MALAYSIA
Sri Pahang FC kena asah taji, kata Fandi Ahmad
Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengakui tuan rumah sukar menembusi pertahanan Harini FT dalam separuh masa pertama yang kental bertahan tetapi selepas gol pertama pasukannya, ia membuka laluan yang lebih mudah.
"Harini bersemangat tinggi, berjuang dan bermain agak keras, nasib baik pemain kami agak tenang.
"Kombinasi kami menjadi dan dalam babak kedua kami makin mendominasi. Kami menguasai separuh padang dalam separuh masa pertama tetapi pasukan lawan tetap kompak.
"Gol pertama itu menaikkan semangat kami dan menjatuhkan semangat lawan.
"Banyak peluang di depn dilepaskan oleh Kpah (Sherman) dan Baqiuddin Shamsudin, seharusnya mempunyai penyudah lebih baik.
"Kami perlu mengasah lagi (ketajaman) mereka," katanya selepas perlawanan.
Bagi jurulatih Harini, P Maniam, pula menjelaskan beberapa kesilapan yang dilakukkan anak buahnya mengundang padah selepas menonjolkan kekentalan bertahan dalam babak awal.
"Harini bertahan dengan bagus terutama separuh masa pertama sambil melancarkan serangan balas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Permainan kami teratur dan kami tidak mengambil satu peluang keemasan yang diperolehi (ketika kedudukan 0-0).
"Kami melakukan kesilapan yang tidak patut dilakukan dalam perlawanan ini oleh seorang pengalaman ini.
"Peralihan kami daripada bertahan tidak berapa bagus, sebab itu kami bolos dua gol pada hari ini," katanya.