Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang cemerlang atasi Selangor di Kuantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sripahang.jpg
Sri Pahang FC menebuskan kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala FA minggu lalu susulan merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Dua gol dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan memadai untuk memastikan tiga mata buat skuad Tok Gajah.

Selangor menampilkan corak permainan yang baik sepanjang 30 minit dan memberikan tekanan ke arah kubu pertahanan Sri Pahang.

Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menghadirkan peluang terbaik buat skuad kendalian Michael Feichtenbeiner namun percubaan yang dihasilkan terkena palang pada minit ke-17.

Asakan demi asakan yang dilakukan Selangor berjaya diserap Sri Pahang sehingga berjaya melakukan serangan balas berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan pemain import, Steven Rodriguez pada minit ke-34.

Memegang kelebihan keitka mendahului permainan, Pahang menggandakan jaringan lima minit kemudian menerusi Abdul Malik Mat Ariff.

Ketinggalan 2-0, Selangor berusaha untuk mendapatkan gol tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal bagi tempoh 45 minit perlawanan.

Bersambung babak kedua, Selangor menggandakan asakan ke kubu Sri Pahang dalam usaha mengurangkan defisit gol tetapi berjaya disekat tuan rumah.

Advertisement

Must Watch Video