Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang akan tutup operasi, ejen FIFA sedia runding kontrak pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa.jpg
Laporan status naib juara Unifi Piala Malaysia 2024/25, Sri Pahang, hampir menemui noktah dalam kancah tempatan. 

Sri Pahang tampak sudah memuktamadkan teka-teki mereka dalam Liga Malaysia (Liga-M) menjelang tarikh akhir perlesanan kelab Liga Super yang akan tamat esok. 

Ejen Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Dr. Faidauz Azhar, mengesahkan pemain Tok Gajah sudah menerima sepucuk surat berhubung keputusan kelab tersebut untuk tidak beraksi musim depan seperti yang dihebahkan semalam. 

Harapan tinggal kenangan tatkala skuad Pantai Timur itu akan mengucapkan selamat tinggal kepada kancah bola sepak negara dan ia semakin menjadi kenyataan.

Tempoh lanjutan masa yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk melengkapkan dokumen juga gagal menghadirkan keajaiban.

"Saya boleh mengesahkan pemain yang masih memiliki kontrak telah menerima surat pada semalam.

"Ia menyatakan berkemungkinan besar setakat daripada tarikh tersebut Sri Pahang tidak akan bertanding.

"Sehubungan itu, pihak pengurusan akan membuat perjumpaan bersama wakil untuk membincangkan bagaimana hala tuju," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Difahamkan, kira-kira 10 pemain masih mempunyai baki kontrak antaranya, penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin, T. Saravanan, dan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Adam Nor Azlin dan Syazwan Andik. 

Tonggak terbabit dijangka akan mengadakan perbincangan bersama kelab untuk penamatan kontrak menerusi persetujuan bersama. 

"Sebagai wakil pemain atau ejen, biasanya kami akan berunding dengan pihak pengurusan berkenaan hala tuju.

"Jika diikutkan, sebenarnya mereka masih perlu bertanggungjawab sama ada bertanding atau tidak.

"Cuma, ia akan menggunakan pendekatan atau rundingan bagaimana, ada pampasan ke.

"Ada juga keadaan boleh bertolak ansur. 

"Jika pemain itu mendapat pasukan baru, boleh melepaskan kontrak dengan persetujuan bersama," katanya lagi di Nadi Arena. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video