Tottenham Hotspur mengesahkan rancangan melibatkan Brighton & Hove Albion, Crystal Palace dan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memastikan Spurs bertemu salah satu pesaing utama mereka di stadium baru sebelum aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Spurs menempah tempat dalam suku akhir saingan elit Eropah itu dengan kemenangan agregat 4-0 ke atas Borussia Dortmund, pertengahan minggu ini.
Dengan Mauricio Pochettino berharap dapat beraksi di White Hart Lane yang diubah suai, Spurs mahu memastikan perkara itu dilunaskan selepas selesai dua sesi ujian keselamatan.
Tottenham teruja untuk beraksi di stadium berkenaan menjelang kempen Eropah dan impian itu mungkin akan tercapai pada 9 April depan sekiranya undian UCL menyaksikan Spurs akan bermain di tempat sendiri terlebih dahulu.
Oleh itu, jika Brighton tewas kepada Millwall dalam Piala FA hujung minggu depan, The Seagulls akan berpeluang melakukan kunjungan ke White Hart Lane seperti yang dirancang pada awal bulan depan.
Namun, sekiranya Brighton mara, maka seteru London, Palace, sebaliknya akan menjadi pengunjung pertama di venue itu pada 4 April.
Begitupun, sekiranya proses kelulusan keselamatan stadium itu tidak menjadi kenyataan, tiada aksi di venue berkenaan sehingga 24 April depan.
Sementara itu, Tottenham merancang untuk mengadakan perlawanan ujian dalam usaha mendapatkan sijil keselamatan venue tersebut.
Perlawanan berkenaan akan membabitkan skuad bawah 18 tahun menentang Southampton pada 24 Mac ini yang akan membolehkan 30,000 peminat datang berkunjung dengan menawarkan sebanyak 45,000 tiket serta membabitkan aksi legenda Tottenham Hotspur pada 30 Mac.
Perlawanan ujian itu akan menentukan kedudukan Spurs untuk menghadapi Brighton atau Palace di laman baru mereka.
Kelab itu juga menafikan dakwaan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan tajaan dengan syarikat gergasi, Nike, atas hak menamakan stadium baru itu.
Tottenham telah beraksi di Wembley sejak permulaan musim 2018 ekoran proses ubahsuai berkenaan.