Skip to main content

Bola Sepak

SPRM tahan CEO bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-sepak-liga-super.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) selama tiga hari berhubung kes bernilai lebih RM6 juta. 

CEO yang mempunyai peranan di sebuah negeri di utara tanah air itu hadir di Pejabat SPRM Kedah bagi dirakam keterangan sebelum ditahan petang semalam hingga Ahad ini kerana disyaki menjadi antara empat individu yang meminta dan menerima rasuah.

Sehubungan itu, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” kata Majistret Mahkamah Majistret Alor Setar, Siti Norhidayah Mohd Noor.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video