LIGA SUPER MSIA

SPM 2023: Kapten Perak IV peroleh 9A

Azreena Faizal 31/05/2024 | 08:06 MYT
Tahniah buat Ketua Pasukan Perak FC IV, Mohamad Nasrudin Ahmad Hayeekaji, kerana berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2023.
Nasrudin telah menunjukkan satu contoh yang terbaik buat pemain bola sepak kerana bukan sahaja cemerlang di atas padang namun cemerlang juga dalam akademik.
Pencapaian luar biasanya itu telah membuktikan bahawa dedikasi dan disiplin dalam sukan boleh berjalan seiring dengan kejayaan akademik.
Sebagai seorang ketua pasukan, Nasrudin tidak hanya menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya, tetapi juga kepada semua pelajar dan atlet muda di seluruh negara.
Semoga pencapaian itu menjadi motivasi untuk Nasrudin terus berusaha dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas Mohamad Nasrudin! Anda adalah contoh teladan yang cemerlang bagi generasi muda.
#bola sepak #Perak #SPM
;