Bermula dengan pemenang kasut emas Liga Super 2023, Ayron Del Valle yang dipercayai bakal kembali ke Colombia.
Menurut sumber ciapan di akaun 'X' T. Avineshwaran, perjalanan Ayron di Liga Malaysia bakal berakhir.
Looks like Ayron Del Valle’s ??-an journey is a short but sweet one.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 19, 2023
It is learnt that the Selangor and Super League top scorer is set to leave the club. The club did discuss an extension but he wants to move on.
The Colombian could be plying his trade in ??. #MSLTransfer2024 pic.twitter.com/TvzKZKOK9l
Selain Ayron, penolong jurulatih Selangor, Ramon Marcote, juga difahamkan tidak akan bersama Tan Cheng Hoe untuk musim depan mengikut sumber wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
?????@ASTROARENA pic.twitter.com/EXceIb8CUj
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 19, 2023
Marcote merupakan pembantu Cheng Hoe di Kedah pada tahun 2014 hingga 2015, dan gandingan inilah yang membawa Selangor melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) selepas muncul naib juara Liga Super 2023.
Tahniah diucapkan kepada Selangor FC yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 19, 2023
Selangor FC akan beraksi di AFC Champions League 2 (ACL2)
Semoga berjaya ! pic.twitter.com/omkNEqoWV9
Mengenai nadi pasukan Selangor, juga kapten pasukan, Brendan Gan juga difahamkan bakal tinggalkan pasukan selepas 4 musim.
Menerusi satu hantaran di akaun 'Instagram' Safuwan Baharuddin dua hari lalu, ia seakan-akan beri petanda besar Brendan bakal angkat kaki.
"No matter where we will both be in 2024, I’m sure the bond and friendship we shared over so many years will definitely still be a strong one for sure.
"Like they say, good things will come to an end but good things will always remain in our own memory.
Love you capt, @brendangan." -- Kata Safuwan
Sekiranya kehilangan tiga individu penting ini benar-benar berlaku, apakah Selangor mampu harungi musim 2024 dengan jayanya? Lebih-lebih lagi dengan kembalinya Selangor di pentas asia bagi saingan ACL2.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menerusi wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, enggan memberikan sebarang ulasan mengenai situasi Brendan dan Marcote.