Spekulasi perpindahan: Selangor sasar bintang Piala Asia Uzbekistan?

Muzaffar Musa
Februari 1, 2024 12:42 MYT
Selangor kini dikhabarkan sedang memburu khidmat bintang Piala Asia Uzbekistan bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
Menurut sumber Stadium Astro, pemain yang dimaksudkan itu ialah pertahanan kental berusia 31 tahun, Umar Eshmurodov, yang kini sedang mewakili kelab negaranya, FC Nasaf.

Selangor difahamkan bakal dapat khidmat pemain Uzbekistan untuk musim 2024/2025. Pemain itu juga dikhabarkan kini sedang beraksi untuk skuad kebangsaan Uzbekistan dalam saingan Piala Asia.@ASTROARENA pic.twitter.com/5YW00gWWaQ

— Fateen (@fateenshazwani) February 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor FC #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;