Julian Nagelsmann tidak terkejut apabila Robert Lewandowski kini dikaitkan untuk meninggalkan Bayern Munich sambil mendedahkan bahawa dia sudah mengadakan perbincangan dengan penyerang bintang itu.
Lewandowski menikmati kempen paling produktif musim lalu di mana dia menghasilkan 41 gol buat Bayern dalam Bundesliga untuk memecahkan rekod Gerd Muller dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman.
48 gol yang dihasilkannya dalam kesemua kejohanan menyaksikan tiada pemain lain dapat menandinginya dalam lima liga utama Eropah musim 2020-21, termasuk Kylian Mbappe (42) dan Erling Haaland (41).
Penyerang Poland itu telah menjaringkan 294 gol daripada 329 penampilan keseluruhan buat Bayern sejak menyertai pasukan itu daripada seteru, Borussia Dortmund, pada 2014 -- 203 gol dalam 219 perlawanan liga.
Terdapat laporan di Sepanyol mendakwa pemain berusia 32 tahun itu sudah bersedia untuk mencari cabaran baru dan Real Madrid kelihatan menjadi kelab pilihannya sekiranya meninggalkan Arena Allianz.

Gosip mengenai perpindahan Lewandowski itu sememangnya sudah dijangka dan Nagelsmann -- yang menggantikan Hansi Flick sejak April lalu -- tidak kisah mengenainya kerana penyerang itu masih mempunyai kontrak sehingga 2023.
"Spekulasi mengenai Robert sudah berlarutan sejak sekian lama, sejak dia menyertai FC Bayern." katanya kepada Sky Sport.
"Saya fikir ia adalah normal apabila seseorang yang menjaringkan terlalu banyak gol dimahukan banyak kelab.
"Dalam masa sama, Robert tahu apa yang dimilikinya di Munich, apa yang dimilikinya dalam pasukan ini. Yang kedua adalah tentang kontraknya, ini juga amat jelas.
"Saya sudah berbincang dengannya. Saya tidak begitu gemar apabila perbincangan pertama dengan pemain adalah mengenai situasi kontraknya," katanya.