Pengurus Inter Milan, Luciano Spalletti, yakin Mauro Icardi dan Ivan Perisic akan kekal bersama kelab itu ketika jendela perpindahan.
Masa depan Icardi sekali lagi menimbulkan persoalan sambil Real Madrid dikatakan sedang mempertimbang untuk membawanya masuk bagi menggantikan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus.
Dalam masa sama, Perisic terus dikaitkan dengan Manchester United buat tahun kedua berturut-turut selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Croatia dalam Piala Dunia.
Bagaimanapun, Spalletti berharap kembalinya Inter ke Liga Juara-Juara Eropah akan membantu dalam memastikan pemain terbaiknya kekal di San Siro sebelum bermula musim 2018/19.
"Mereka sangat profesional, menjadi rujukan dalam pasukan serta membantu dalam meningkatkan perwatakan pasukan," katanya.
"Kejayaan layak ke Liga Juara-Juara Eropah telah memberi dorongan. Saya telah bercakap dengan Perisic dan dia kepenatan. Kini, dia sedang berehat dan akan kembali bersama kami untuk menghadapi aksi pra-musim. Dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berpindah. Begitu juga dengan Icardi.
"Jelas sekali dia perlu mengkaji semula kontraknya tetapi segala-galanya tampak positif. Mereka harus kekal," katanya.
Tatkala Joao Cancelo memilih untuk menyertai Juventus, Inter dilaporkan sedang mencari pengganti untuk posisi bek kanan serta seorang pemain tengah sebelum kempen musim baru bermula.
Pemain Atletico Madrid, Sime Vrsaljko, turut dikaitkan dengan Inter dan Spalletti mengesahkan dia meminati corak permainan pemain Croatia itu sambil turut melihat kepada pemain yang menjadi sasaran sejak sekian lama, Arturo Vidal.
"Pengarah sukan, Piero Ausilio, adalah individu yang menjalankan perbincangan. Dia kembali dari China dan saya tidak tahu perkembangan terbaru. Mereka jelas merupakan pemain yang hebat."