Southgate bingung kanak-kanak Hungary ejek pemain England

Muzaffar Musa
Jun 5, 2022 13:14 MYT
Gareth Southgate berasa bingung tentang mengapa kanak-kanak Hungary mengejek pemain England sewaktu mereka melutut sebelum kekalahan pasukan The Three Lions itu dalam aski Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi.
Jaringan penalti Dominik Szoboszlai dalam babak kedua sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 Hungary di Arena Puskas.
Perlawanan Kumpulan A3 itu sepatutnya berlangsung secara tertutup berikutan hukuman yang sedang dihadapi Hungary gara-gara kelakuan perkauman penyokong mereka di stadium sama sewaktu saingan Euro 2020 tahun lalu.
Bagaimanapun, golongan kanak-kanak dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan itu, di mana seramai 35,000 mereka menjadi saksi rekod 22 perlawanan tanpa kalah England dileburkan di Budapest.
Masih terdapat ejekan ketika pemain England berlutut sebelum perlawanan itu, di Stadium yang sama ketika beberapa pemain Southgate menjadi mangsa ejekan perkauman sewaktu pusingan kelayakan Piala Dunia pada September lalu.
Pengurus England itu berkata kepada Channel 4: "Perkara pertama adalah mengapa kami melakukannya (berlutut) adalah untuk memberikan pendidikan kepada seluruh dunia. Saya tidak faham mengapa ada yang mahu mengejek tindakan itu.
"Saya kerap memikirkannya, orang muda terutamanya, mustahil mereka tahu apa yang mereka lakukan, jadi mereka telah terpengaruh dengan orang dewasa. Keputusan UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah membenarkan kehadiran penonton) adalah untuk orang lain menentukannya.
"Saya fikir kami telah menetapkan pegangan kami sebagai satu pasukan, semua orang tahu apa yang kami percaya dan apa yang kami pertahankan.
"Saya fikir malam ini, saya perlu fokus kepada bola sepak.
"Apabila anda kalah, anda tidak boleh terlalu banyak bercakap mengenai perkara lain kerana saya fikir ia agak kurang bertanggungjawab terhadap keputusannya," katanya.

1962 - Hungary have registered their first win over England since May 1962 at the FIFA World Cup - eight years and 95 days before manager Gareth Southgate was even born. Indeed, today’s victory ended a 15-match winless run against the Three Lions for the Hungarians. Unforeseen. pic.twitter.com/wnZdqyeyIz

— OptaJoe (@OptaJoe) June 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #England #Gareth Southgate #Hungary #Liga Negara-Negara Eropah
;