EPL
Southampton tersingkir dari EPL dengan berbaki tujuh perlawanan
Southampton tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 3-1 di Tottenham semalam.
Brennan Johnson meledak dua gol dalam separuh masa pertama dan jaringan lewat Mateus Fernandes tidak memadai buat pasukan tercorot EPL itu bangkit sebelum tersingkir ke Liga Kejuaraan musim hadapan.
Tewas buat kali ke-25 dalam 31 perlawanan, Southampton menjadi pasukan pertama EPL yang tersingkir dengan berbaki tujuh perlawanan. Ipswich dan Derby telah tersingkir dengan berbaki enam perlawanan, masing-masing pada musim 1994-95 dan 2007-08.
Iklan
Skuad kendalian Ivan Juric gagal mendapatkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan liga, mengakui minggu ini mengelak daripada pencapaian terburuk pasukan menjadi sasaran mereka sehingga penamat musim ini.
"Ia merupakan hari yang sukar, sukar tetapi saya melihat penyokong yang hadir, bagaimana mereka sangat mencintai pasukan ini. Sesuatu yang cukup menakjubkan," katanya.
"Pengalaman ini harus menjadi kami lebih kuat. Kini kami mahu memikirkan tentang perlawanan seterusnya dan melihat masa depan kami."
Must-Watch Video