Skip to main content

Bola Sepak

Southampton kembali ke EPL, lengkapkan 20 pasukan musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

promoted.jpg
Southampton menjadi kelab terakhir melengkapkan senarai 20 pasukan yang akan bertanding di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

Dalam perlawanan penentuan play-off menentang Leeds United, penyerang utama, Adam Armstrong, muncul sebagai wira apabila menyumbat jaringan kemenangan sekali gus membawa pasukan itu kembali ke EPL selepas satu musim bermain di Liga Bola Sepak Inggeris (EFL). 

Selain itu, bekas juara EPL musim 2015/16, Leicester City, secara automatik telah melayakkan diri beraksi di liga utama England itu selepas merangkul gelaran juara EFL, bulan lalu.
 
Dalam masa sama, pendatang baru, Ipswich Town, turut mendapat promosi ke EPL susulan prestasi yang memukau di saingan EFL.

Advertisement

Must Watch Video