SOPMA: Mak Chee Weng muncul wira Perak

Shaiful Shamsudin
Disember 5, 2023 17:40 MYT
Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di hangatkan dengan aksi pertemuan antara Perak dan Selangor dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 hari ini.
Pemain berusia 24 tahun, Mak Chee Weng tampil untuk mencuri perhatian, rakus merobek gawang lawan dengan empat jaringan sekaligus membawa Perak cemerlang dan gah melangkah ke pentas separuh akhir.
Chee Weng yang muncul sebagai wira pasukan, berkata walau pendengaran dan percakapannya terhad tetapi ia tidak mengubah pendiriannya untuk membuktikan dia mampu menjadi pemain bola sepak berkualiti.

-Sukan Orang Pekak Malaysia - Style gini agak agak boleh tak dapat callup Selangor FC next season? Clean je goal dia beb! Siuuuuuuuuu ?@ASTROARENA pic.twitter.com/Ay7P7xSih0

— Syifa Nasir (@syfansr) December 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bolasepak #SOPMA
;