Skip to main content

Bola Sepak

Sony Norde senjata baharu Sang Kenari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sony-norde.jpg
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan berjaya mengikat penyerang yang berasal dari Haiti, Sony Norde bagi saingan Liga Super 2024-2025.

Menurutnya, bekas pemain Melaka United FC dan Terengganu FC yang terkenal dengan gerakan lincah telah berada dalam radar Sang Kenari sejak musim 2023.

"Kehadiran Sony bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari dengan rangkaian pemain berpengalaman terdiri daripada Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KDA FC berkata lagi, pengalaman Sony dan kelincahannya amat ditagih dalam melonjak prestasi Sang Kenari musim ini untuk mencabar pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

"Aset utama beliau adalah memiliki rembatan padu serta lincah menggelecek sudah pasti mengelirukan kawan dan lawan," ujarnya.

Tambahnya, pemain berusia 34 tahun itu akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada 4.30 petang, Jumaat.

Menurutnya lagi, Sony akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari.-Sinar

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video