Skip to main content

Bola Sepak

Sony Norde dapat tawaran daripada empat pasukan Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sony-norde-cari-pasukan-lain.jpg
Tonggak Melaka United FC, Sony Norde, mengesahkan bahawa dia telah menerima empat tawaran daripada kelab Liga Super ketika pasukannya hampir pasti disingkirkan daripada saingan divisyen utama itu musim depan berikutan masalah tunggakan gaji.

Pemain kelahiran Haiti itu mengakui masih mahu menabur bakti dalam Liga Malaysia untuk beberapa tahun lagi.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Tawarannya sentiasa ada tetapi seperti yang saya katakan, saya masih memiliki kontrak dengan Melaka sehingga penghujung tahun ini, jadi saya perlu menunggunya tamat kerana peraturannya, anda tidak boleh memiliki dua kontrak dalam satu masa.

"Jadi, saya masih menunggu dan sekiranya Melaka sudah tidak mahukan saya, saya perlu memikirkan yang terbaik untuk masa depan saya.

"Sejujurnya saya mahu kekal di Malaysia kerana saya berasakan seperti ia rumah saya, terutama di Melaka, di mana orangnya memberikan saya penuh rasa kasih dan saya berasa amat selesa.

"Saya juga menerima tawaran dari luar tetapi kebanyakan tawaran yang saya terima adalah di Malaysia, jadi saya berharap dapat kekal di sini untuk satu hingga tiga tahun lagi.

"Buat masa ini, saya sudah menerima empat tawaran daripada pasukan di Malaysia," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video