Skip to main content

Bola Sepak

Sony Norde belum sedia tinggalkan Liga M

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sony-norde.jpg
Sony Norde belum berhasrat untuk meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) susulan namanya terkecuali dalam senarai pemain Terengganu FC bagi musim 2024.

Dua hari lalu, skuad Peteh mengumumkan tidak lagi bersama 12 pemain termasuk kapten pasukan, Habib Haroon.

Bekas pemain kebangsaan Haiti berusia 34 tahun itu bercadang untuk terus beraksi dalam Liga-M sambil mengakui terdapat tiga tawaran menarik.

“Saya akan tinggal di Malaysia. 

"Saya terima tiga tawaran tetapi belum boleh dedahkannya lagi. 



"Saya perlu mempertimbangkannya dan membuat keputusan terbaik demi kerjaya saya,” katanya.

Stadium Astro difahamkan Melaka FC antara yang cukup berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi melengkapkan sasarannya kembali ke kancah Liga Super musim berikutnya.

Presiden Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad memberi bayangan sedang memancing untuk mendapatkan pemain dan jurulatih yang pernah mencipta nama dalam Liga Super tatkala mereka akan berjuang dalam Liga M3 musim 2024/2025.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video