Skip to main content

Bola Sepak

Son Heung-min beri bayangan tinggalkan Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son.jpg
Son Heung-min menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya bersama Tottenham Hotspur dengan menjelaskan 'tunggu dan lihat' mengenai apa yang terjadi akan statusnya bersama kelab itu pada masa akan datang.

Dia menyertai Tottenham dari Bayer Leverkusen pada Ogos 2015, dengan pemain berusia 32 tahun itu telah membuat 454 penampilan sepanjang bersama Spurs dalam semua kejohanan dan sudah menjaringkan 173 gol.

Dia juga merupakan antara pemain yang menamatkan penantian 17 tahun untuk Spurs menjulang trofi.

Begitupun, kontraknya hanya berbaki satu tahun lagu dengan Son sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi ketika ini.



 

"Saya mempunyai satu tahun kontrak lagi. Daripada berkata apa-apa masa ini, saya fikir kita semua harus menunggu dan lihat nanti apa yang berlaku.

"Tetapi tidak kira di mana (karier) saya berakhir, saya akan sentiasa melakukan yang terbaik yang saya boleh." katanya.

Advertisement

Must Watch Video