Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer perlu lebih bengis -- Van Persie

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olegunnarsolskjaer.jpg
Robin van Persie mahu menyaksikan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menjadi 'lebih bengis' selepas tewas kepada Arsenal.

United tewas 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi dan ketinggalan lima mata di belakang penghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Van Persie, yang pernah membintangi United dan Arsenal, tidak berpuas hati dengan reaksi Solskjaer kepada kekalahan tersebut.

"Apabila saya mendengar ulasan Solskjaer, beliau seperti seorang yang baik," kata bekas pemain Belanda itu kepada BT Sport.

"Saya mahu menyaksikan beliau lebih bengis dan meluahkan kemarahannya.

"Saya menyaksikan Solskjaer tersenyum selepas perlawanan tersebut. Ia bukan saat untuk tersenyum."

United mengharungi musim yang tidak konsisten apabila sekadar menang lapan kali daripada 21 perlawanan manakala seri tujuh dan tewas enam kali.

Van Persie berkata pemain-pemain United perlu menyedari hukuman menanti mereka jika gagal membuktikan aksi terbaik.

"Mereka memerlukan perancangan serta gerun kepada jurulatih.

"Anda mengetahui jika tidak melakukan larian atau hantaran, anda akan dihukum dan tidak terlibat dalam perlawanan akan datang."
 

Advertisement

Must Watch Video