Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer: Manchester United perlu tunjuk perwatakan dalam perebutan ke UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ogs.jpg
Ole Gunna Solskjaer menyeru Manchester United untuk "bangkit dan menunjukkan perwatakan" ketika mereka sedang dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace awal pagi tadi -- hasil jaringan Marcus Rashford dan Anthony Martial -- memastikan mereka kembali terikat mata yang sama dengan pasukan di tangga keempat, Leicester City, yang menewaskan Sheffield United dalam perlawanan terdahulu.

Manchester City berjaya dalam rayuan mereka daripada digantung di peringkat Eropah berikutan undang-undang Financial Fair Play (FFP), sekali gus menjadikan hanya empat pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris akan layak ke UCL musim depan.

Persaingan itu kelihatan hanya dapat ditentukan ketika United berdepan Leicester pada hari perlawanan terakhir musim ini.

Solskjaer percaya pasukannya telah memaparkan aksi goyah di Selhurst Park dan mahukan lebih keyakinan daripada United, yang tidak pernah tewas sejak Januari lalu, menjelang dua perlawanan terakhir liga musim ini.

"Ia perlawanan yang sengit, kami tidak mendapat rentak ketika melakukan hantaran tetapi dua jaringan yang hebat telah memberikan kami kemenangan," katanya kepada BT Sport.

"Kami perlu tersenyum, kami perlu menghadapinya seperti kami akan memenanginya.

"Tiada siapa terfikir mengenainya pada Januari lalu, bahawa kami akan bersaing untuk empat tempat teratas.

"Kami melakukannya dengan baik sejak liga ini bersambung, kami perlu tersenyum dan menikmatinya. Ia adalah perlawanan-perlawanan penting di Manchester United.

"Anda perlu bangkit dan mempamerkan perwatakan," katanya.
 
Solskjaer gembira dengan cara kedua-dua jaringan itu dihasilkan sambil menggesa barisan serangannya untuk memberikan lebih permainan berkualiti seperti itu.

"Bukan sekadar penyudah yang baik tetapi juga percaturannya dengan hantaran pendek pantas.

"Tetapi apa yang kami lakukan itu masih belum cukup kerana agak sukar untuk berdepan mereka.

"Saya lega kerana saya bukan pertahanan yang akan menghadapi mereka -- mereka perlu lebih mempercayakan diri untuk melakukan lebih daripada itu.

"Kami memerlukan gol kedua dan pada ketika itulah mereka mula bermain dengan sebaik mungkin," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video