Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mendedahkan pemain tengahnya, Fred, mungkin akan kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Fred, 26, dikaitkan untuk berpindah ke pasukan Serie A, Fiorentina, selepas setahun menyertai United daripada Shakhtar Donetsk.
Bagaimanapun, Solskjaer berkata pemain kebangsaan Brazil itu merupakan tonggak pasukannya sambil memberi jaminan Fred akan mendapat peluangnya untuk beraksi musim ini.
"Dia (Fred) sedang berusaha keras dan buat ketika ini, dia hanya sedikit di belakang Paul (Pogba) dan Scott (McTominay) -- yang telah melakukan tugas dengan baik -- dan Nemanja (Matic), yang masih belum terlibat," katanya kepada wartawan.
"Bulan Ogos merupakan waktu paling sukar untuk menguruskan satu pasukan besar kerana hanya terdapat satu perlawanan setiap minggu dan semua pemain masih cergas selepas pramusim dan mereka bersedia untuk beraksi.
"Pada September, October dan November -- apabila sudah ada pemain cedera -- itulah masanya anda akan terpilih untuk setiap perlawanan.
"Jadi, dia (Fred) akan beraksi sebanyak mungkin," katanya.
Ketika Fred kelihatan hampir pasti kekal di United, terdapat perubahan dalam pasukan itu apabila Alexis Sanchez menyertai Inter Milan secara pinjaman semalam.
Solskjaer mengakui ketiadaan pemain Chile itu dan Romelu Lukaku -- yang turut menyertai Inter -- menyebabkan dia kekurangan pemain di bahagian serangan.
"Saya sudah katakan sewaktu kami pulang daripada jelajah (pramusim) yang kami memerlukan pengganti seandainya Romelu meninggalkan kami.
"Kami kekurangan pemain tetapi kami tidak menerima calon yang sesuai dan tidak mendapat jawapan yang kami mahukan," tambahnya.
Saksikan secara langsung perlawanan di antara United dan Southampton di Rasta, TTDI, malam ini, bermula 6 petang hingga 9.30 malam, anjuran istimewa Stadiumastro dan Astro Awani.