Skip to main content

Bola Sepak

Sokongan padu mampu bantu BVB benam Real

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25917dortmundfans.jpg
Roman Burki percaya sokongan padu penyokong Borussia Dortmund akan menjadi kunci kejayaan untuk menewaskan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Juara bertahan, Real, akan berkunjung ke Signal Iduna Park bagi menghadapi aksi kedua Kumpulan H, walaupun mereka menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Dortmund musim lalu.

Burki beraksi di laman sendiri 12 bulan yang lalu selepas Dortmund menjaringkan gol penyamaan ketika seri 2-2 dan dia percaya sokongan padu daripada penyokong BVB akan sekali lagi memainkan peranan penting.

"Sukar untuk menewaskan kami di hadapan penyokong kami," kata Burki.

"Dalam saingan Bundesliga, kami tidak tewas dalam 41 perlawanan.

"Saya sangat teruja berdepan pemain-pemain bertaraf dunia.

"Harapan saya kali ini adalah untuk memperbaiki prestasi berdepan Real berbanding tahun lepas. Jika kami mampu bertahan dengan baik, Dortmund mampu mencipta kemenangan."

Dortmund membuat persiapan bagi aksi UCL dengan kemenangan 6-1 ke atas Borussia Monchengladbach, hujung minggu lalu.

Advertisement

Must Watch Video